1. Wanita yang meninggal dunia sebelum
berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum
berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah
SWT di syurga kelak dengan seorang
lelaki dikalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda "Tiada si
bujang di dalam syurga" (H.R. Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum
berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah
diceraikan oleh suami dan tidak
berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh
Allah SWT dengan lelaki daripada ahli
syurga
3. Wanita yang meninggal dunia
sedangkan suaminya tidak masuk syurga
Begitu juga wanita yang meninggal
dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di
kahwinkan oleh Allah SWT dengan
seorang daripada lelaki yang masuk
syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah
berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama
suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya itu juga masuk syurga
5. Wanita yang kematian suami dan
tidak berkahwin sesudahnya
Wanita ini akan kekal bersama suaminya
yang dikahwini di dunia, sekiranya
suaminya itu masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan
berkahwin lagi sesudahnya
Wanita yang kematian suami dan
berkahwin lain akan bersama lelaki
yang terakhir dikahwininya di dunia,
tidak kira berapa kali dia berkahwin
lagi. Suami yang terakhirnya adalah
suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW
bersabda. "Wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir.”
Wallahu’alam!
Wednesday, September 9, 2009
SaMPai syUrgA
Posted by nurul falahi at 9/09/2009 10:56:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment